CARIAN ILMU DI JOMFAHAM :

Isnin, 5 Januari 2009

Hukum Tasbih Elektronik Mengandungi Asma'ul Husna

Soalan:


Dengan hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Penapisan dan Kawalan Terbitan- Terbitan, Pusat Da'wah Islamiah telahpun menjalankan penapisan terhadap tasbih elektronik keluaran sebuah syarikat dari luar negeri.

Untuk makluman pihak Pehin bahawa tasbih elektronik tersebut diluluskan oleh Bahagian ini dengan syarat membuat beberapa pembetulan terhadap tasbih tersebut.

Pihak pengedar akan membuat pembetulan dengan menggunakan 'ralat' yang berasingan (kertas) daripada tasbih elektronik itu.
Oleh yang demikian Bahagian ini memohon pandangan Pehin penggunaan 'ralat' yang sedemikian.


Jawapan:

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين، وبعد

Sebahagian ahli bahasa menyebutkan bahawa erti tulisan ialah gambaran sesuatu kata dengan tanda-tanda tertentu yang jelas.

Tulisan itu banyak jenis dan bentuknya. Ada yang disebut tulisan buta atau braille, tulisan gambar, tulisan batu dan sebagainya. Tulisan itu pula ada yang miring (italic), tegak, berbayang, bengkok dan sebagainya. Kemudian huruf-huruf itu ada yang bersambung dan bercerai, ada yang disusun dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah.
Kesemua ini hanya merupakan teknik-teknik penulisan yang boleh berubah-ubah mengikut selera dan zaman.
Khusus mengenai tulisan huruf-huruf Arab, ianya juga tidak terkecuali daripada perubahan-perubahan semenjak tulisan itu dicipta.

Sehingga sekarang huruf-huruf Arab sudah banyak mengalami perubahan. Pada zaman-zaman awalnya huruf-huruf seperti ج،ت dan seumpamanya tidak bertitik, sekarang sudah bertitik. Demikian juga dahulunya baris huruf tidak ada, sekarang sudah ada. Namun hingga sekarang masih ada lagi yang tidak berbaris.

Pemberian titik dan baris-baris huruf pada masa ini hanya diwajibkan oleh sebahagian ulama terhadap huruf-huruf dalam kalimat ayat-ayat AI-Qur'an dalam mushhaf.

Adapun terhadap tulisan Arab yang bukan dikira mushhaf tidaklah wajib, kecuali yang boleh membawa kesamaran kerana tujuan meletakkan titik dan baris itupun hanyalah bagi menjaga supaya jangan timbul kesamaran. (Kasyf AI-Zhunun 1/547)
Mengikut sejarah penulisan bahasa Arab, orang yang mula-mula sekali memberikan tanda baris tertentu terhadap tulisan Arab itu ialah Abu AI-Aswad AI-Du'ali. (Da'irah AI-Ma'arif AI-Qam Al-'Isyrin 3/722).


Selain daripada soal titik dan baris ini, menulis secara bercerai juga biasa dilakukan. Imam Al-Ghazali Rahimahullah yang bermazhab Syafi'e dalam buku yang dibangsakan kepadanya bernama Al-Aufaq, banyak menulis kalimat atau kata-kata dalam tulisan Arab dengan cara terputus atau bercerai - seperti kata لطيف ditulisnya: ل.ط.ي.ف.(Al-Aufaq h. 6).

Kemudian apabila diperhatikan tulisan-tulisan lama atau yang masih berbentuk manuskrip, mengikut ukuran tulisan sekarang, banyak daripadanya yang tidak dapat atau mudah untuk dibaca, bukanlah kerana kesalahan tulisannya, tetapi kerana ditulis dengan kaedah penulisan pada zaman itu. Oi antara tulisan-tulisan itu ada yang bercerai, bersambung, berbentuk seperti kapak, binatang dan sebagainya.

Di antara manuskrip berkenaan termasuklah surat-surat yang dikirim Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam kepada Kisra, Hiraklius, Najasyi dan lain-lain.

Dengan yang demikian dapat disimpulkan bahawa tulisan Arab itu ada yang disambung dan ada pula yang dicerai-ceraikan.
Berhubung dengan persoalan "Tasbih Elektronik" yang mengandungi Asma' A/-Husna di atas yang dikatakan tulisannya ada yang salah, seperti tiada tanda ء pada hurufك , dan pada huruf و dalam kata:المؤمن , dan ada di antara hurufnya yang terputus seperti:السلام , adalah ianya tidak menyalahi sistem dan gaya penulisan Arab. Walau bagaimanapun, 'ralat' yang dibuat oleh pihak Penapisan, Pusat Da'wah Islamiah dan yang diminta kepada pihak pengedar untuk terlebih dahulu membuat pembetulan, lebih-Iebih lagi jika memang ada huruf-huruf yang terlebih titik yang mungkin boleh rnernbawa makna yang lain atau kesamaran adalah langkah yang baik bagi mernbantu rnernudah dan meluruskan bacaan



Country Of Origin : Brunei darussalam

Fatawa Issuing Body : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Author/Scholar : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaa
Date Of Issue : 1998

Tiada ulasan: